Followers

Thursday 7 July 2011

Esok

Assalamualikum..
Selamat Sejahtera..
hari ni 7 Julai 2011..hari khamis...

pernahkan kita berfikir..apa yang "sebenarnya" akan berlaku esok?..pada diri kita ataupun situasi kita..
aku selalu terpinga-pinga sendirian..apakah yang akan berlaku esok?..esok dan esok?...huhu..kadang kala aku sendiri takut untuk menghadapai Esok yang kabur pada mata aku sebagai manusia biasa...

tapi,aku tetap mengayuh,mendayung,mendaki dengan penuh tekad menuju hari esok yang ingin ku cipta..ingin ku reka...walaupun takut,walaupun gusar..aku xboleh nk menoleh ke belakang lagi..kerana laluan sehala ini terus ke hadapan dan mungkin meninggalkan aku..aku xakan tewas dalam perjalanan ini..
ve
Aku takut melihat nasib2 yang menyebabkan mataku berkaca..kalaulah aku di tempat mereka...Esok..mungkin berlaku...kerana bukan aku yang tetapkan...mampukan aku menerima,dan terus melangkah kiranya sebuah batu besar menjadi halangan dalam perjalananku...

Aku gembira melihat nasib-nasib mereka yang menyebabkan mataku berkaca..dengan kejayaan dan pencapaiaan yang membanggakan...mampukah aku ke situ..esok ada jawapannya...

Aku pasrah mengenangkan hari-hari yang telah kulalui...yang penuh liku berduri..tapi aku takut duri-duri itu mungkin masih mencari-cari menunggu-nunggu untuk mematahkan aku...
Irfan,jangan kau gentar menghitung hari...jangan kau lena dalam bisikan yang shahdu....
Oh Tuhan,sedarkan aku...sedarkan aku...adakah aku masih terlena dengan nikmat yang kau berikan padaku...
Jangan Tuhan, jangan kau jadikan aku hambamu yang leka...kerana kepastian Esok itu hanya Engkau yang tahu..segala ketetapan yang telah tertulis rapi...

Aku mesti!..terus pergi dari titik ini...lebih tinggi dan lebih pasti!..aku xakan leka....aku akan teruskan segalanya..InsyaAllah..hanya dengan IzinNya.


...................................................
Esok InsyaAllah,aku ke Shah Alam...
Konvensyen Guru-guru Muda Malaysia..
sampai ahad..huhu...
moga bermanfaat dan aku akan ikhlaskannya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...