Followers

Tuesday 17 November 2009

Marah Itu Ujian




Bismilahirahmanirahim
Wajarkah sekiranya kita membiarkan perasan marah menguasai diri kita??..cuba anda fikirkan sekiranya unsur-unsur negatif seperti sifat marah yang menguasai diri anda..apa yang akan terjadi??...sudah tentu minda kita gagal untuk mengawal emosi dan tingkah laku kita..
Malukah kita kepada pencipta kita sekiranya kita sedar bahawa marah yang kita ajukan adalah sebenarnya marah kepada-Nya. Sebenarnya marah itu adalah ujian yg sangat besar dan sekiranya kita berjaya menghadapinya dengan tenang dan sabar maka kita telah berjaya mengawal diri kita emosi kira serta tingkah laku kita..
cuba renungkan berapa kali apabila kita ditimpa masalah kita mengucap:
" Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
dan berapa kali pula kita menyedari bahawa semua ujian kemarahan itu adalah dari Allah..tuhan yang memeiliki sekelian alam..

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan

sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,
masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang
yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias,
tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil
Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku
bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin
Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan
ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya
perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Seharusnya kita mengubati hati kita dan singkirkan sifat "ketuanan" yg sentiasa menguasai kita.Apa bila kita berjaya melakukan perkara tersebut InsyaAllah kita kan mampu mengawal kemarahan dengan berkesan...Wallahualam...

Teknik yang bagus untuk dicuba:......klik


Monday 16 November 2009

Mata



Mata..
Mungkin kini kau tidak lagi dapat melihat betapa indah dunia
Tapi ku pasti pandangan mu kini lebih selesa..
Aku rindukan pandangan mu
Mungkin tidak terucap dengan kata-kata
Tetapi seikhlasnya aku sayangkan mu mataku.
Engkau telah menyinari seluruh kehidupanku..
Wahai Mata..
Kenapa kehilangan mu terlalu awal
Berat untuk aku menempuh hidupku tanpa mataku
Mungkin dulu ketika ku dapat melihat , tidak ku hargai kehadiran mu..
Kini ku gelita
Mengharapkan ihsan cahaya dari yang Esa
Mata,
Kini genaplah 1 bulan 23 hari aku kehilangan mu..
Kenapa pandangan ku makin gelita
Mengapa suramnya makin ku merasa
Aku perlukan mu mata
Untuk ku merentasi dunia dengan nyata
Mata,
Terlalu awal untuk kau tinggalkan aku
Saat ku masih tercari-cari haluan ku
Tanpa mu di sisi amat cela
Tiada guna apa yang ada
Sentiasa hiba hatiku yang lara
Mata,
Kini ku rela dan ku redha
Sekiranya ini ketetapan yang Esa
Moga penglihatan mu lebih jelas dan indah di sana
Sejahteralah ke atas mu wahai ayahanda wahai mataku….
Al-fatihah
Irfanmanaf 15 sept 08

JDS

"Susahnya nak jadi diri sendiri"

Jika diimbas kembali,berapa kali kita pernah menjadi diri kita sendiri. Apa yang cuba disampaikan di sini ialah sejau mana kita menghargai dan menyayangi diri kita sendiri. Bukan mimpi atau hanya omong kosong tetapi adalah realiti yang mana ramai di antara kita cuba untuk menjadi diri orang lain.

"It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not"

Kalau dikaji kata-kata di atas, Wajarkah jika kita dibangga,disanjung,dipuja..tetai realitinya itu bukan diri kita,
Sebaliknya jika kita dicaci dihina dan dikeji kerana itu adalah diri kita sendiri..kita harus tabah menghadapinya kerana sudah pasti hikmah disebalik segalanya. Meskipun begitu,sekiranya diri kita dipenuhi unsur-unsur negatif maka wajarlah kita positifkan semuanya berlandaskan prinsip yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

''Mengubah dan Meniru adalah sesuatu yang berbeza"

Ada segelintir manusia yang cuba mengubah nasibnya kepada sesuatu yang diinginkan. Tidak salah apa yang dilakukan tetapi apa yang perlu yang dipastikan dan harus dijadikan sempadan ialah kita tidak seskali terpesong dari arah empunya kita.
Meniru juga sering kali dilakukan oleh manusia yang normal..tetapi pastikan apa yang ditiru itu adalah sesuatu yang bermanfaat dan tidak salah disisi-Nya..

"Walaubagaimanapun cubalah untuk menjadi diri sendiri..dan pastikan diri kita dekat pada-NYa"

Rezeki Berpantun

.Mungkin ini adalah rezeki kita"
Alhamdulilah....
Satu ketetapan setelah usaha yang tidak mengenal putus asa. Siapa sangka rupa-upanya,aku agak aktif dalam bidang berpantun,boleh menghasilkan pantun-pantun yang berkualiti untuk dinilai.Terima Kasih En. Amat Tarop Sumo,kerana telah banyak mambantu saya dalam menjadi pemantun yang berjaya..haha..Chewah..it was amazing whwn my group was announced winning the first place during the pesta pantun antara Parlimen Kuala Lumpur..haha...Alahamdulilah dpat RM2000.00...hurm..then divide by 5..dpat sorang 400..hehe..yg lawaknya henset aku mcm tahu2 je..nk dapt duit..haha..kedua2 nya rosak..yang satu(motorolaV3i),unable to charge..(Nokia N7200) lak..mati lampunya dan pekak speakernya..haha..so duit 400 tu..aku belanjakan beli enset baru..hehe..Sony Ericsson K800i..murah je la..xpe..tapi sgt puas hati la..sebab i can see something berharga sbg balasan kepada penat lelah berpantun.



Berbalik kepada cerita Latihan pantun...hehe..
Untuk peringkat parlimen kali ini,Latihan agak padat sebab dlm masa sehari shj..sebabnya..dalam minggu final exam..huhu..so aku dan kumpulan ku practise from 10a.m up to 3a.m...huhu..penat seh...then kul 7am pagu tu gak kene g Auditorium DBKL ...berpantun....huhu..dengan sgt mengantuk....argh...

Saingan dalam berpantun...
First match,kami jumpa dengan Parlimen setiawangsa..pelik bunyinya..haha..tapi g2 lah hebat la..yg paling aku kagum sorang org kuat diorang r..Nenda...umur 70 kot..still lg hebat berpantun..pergh..hebat siot...haha..tapi kami memang dan aku dapat pemantun terbaik..hehe..seterusnya 3 lagi perlawanan kami jumpa parlimen lembah pantai,parlimen batu dan BTR2...dan Alhamdulilah kami menuang semua match..sekali gus dinobat sebagai JOhan la...dan Kak Zu dapat pemantun terbaik....


p/s
Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Budimu tuan melimpah-limpah,
Dapat duit ku habiskan juga..haha
Pantun xlulus...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...