Followers

Thursday 10 September 2009

Apakah Hikmah disebaliknya??

"Apabila ajal itu tiba tiada siapa yang bisa menolak atau menagguhnya".Bagi yang sudah tiada sama-samalh kita berdoa agar kehidupannya di sana sentiasa dirahmati yang Esa. Apa yang aku nak tulis kali ni..tentang apa yang telah terjadi pada keluargaku baru-baru ini. Ahad yang lepas Nenek aku telah kembali ke rahmatullah. Syukurlah pemergiannya pada bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.Namun kehilangannya nenek aku ni menyebabkan aku cukup terasa kerana ini adalah gelombang kedua untuk terima hakikatnya iaitu selepas setahun pemergian Arwah Abahku. Jaraknya terlalu dekat dan ini membuatkan aku cukup terasa kehilangan mereka. Walau bagaimanapun aku kena tabahkan hatiku menerima ujian ini seadanya. Ya Allah kau tempatkanlah Abahku dan Nenekku bersama-sama orang2 yang beriman di sana dan jauhilah mereka dari segala seksaan api neraka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...