Followers

Sunday 12 June 2011

Masih Di Sini.

Assalamualaikum..
Aku sibuk dengan exam,aku sibuk dengan berpindah ke rumah baru.
streamyx pun aku dak terminate dan akan register yang baru lagi nanti...
so jarang-jarang will appear online dan kadang-kadang je akan update blog.

Sekarang ni aku tengah bercuti lagi..menghabiskan sisa cuti yang ade seminggu lagi..selepas seminggu dibelanjakan untuk KEM Kepimpinan Mahasiswa di Teluk Senangin,Seminggu dibelanjakan untuk melawat anak buah dan kakak aku  di Melaka...dan sekarang ni minggu terakhir untuk di"spend"kan di negeri tanah serendah sekebun bunga ni.

Air laut ada pasang surut,begitu juga emosi manusia biasa yang terumbang-ambing di lautan kehidupan. Kebahagiaan yang dicari bukanlah selama-lamanya bersama kita dan begitulah juga persingahan duka yang tiada abadi selamanya. Justeru,itulah yang mewarnakan kehidupan kita mennjadikan ianya berwarna-warni,indah dan berseri.

Pernahkah anda merasa seperti dunia ini tidak mengerti akan kehendak,perasaan mahupun jeritan batin anda. Umpamanya,tiada yang memahami apa yang dirasa..dan ketika itu hidup diibaratkan sunyi dan sendiri. Peluang kehidupan yang diberikan oleh tuhan bukanlah untuk disia-siakan begitu sahaja. Berbuat baiklah kepada semua orang disekeliling anda nescaya kebaikan yang disebarkan akan kembali kepada anda kelak.

Ada yang merasakan hidup ini membosankan,memenatkan dan lebih teruk menjengkelkan. Namun itu adalah definisi yang kita sendiri terjemahkan. Tuhan tidak akan menguji hambanya,sekiranya hambanya tidak mampu melalui ujian tersebut,justeru tabahkan hati dalam mengharungi liku-liku hidup.

Itulah pengalaman kehidupan bagi aku sendiri,bukan mudah untuk hidup di dunia ini..bernarkah cinta adalah segala-galanya?..atau harta segala-galanya?.pangkat dan darjat kah?...kita yang mentafsirkannya dengan pelbahagi bahasa dan makna.

Justeru,aku masih di sini..terus melangkah menuju destinasi..dan mengharungi liku-liku kehidupan yang mematangkan dan membuatkan aku masih di sini dan  terus di sini...


3 comments:

  1. hello cikgu music..nanti nak belajar vocal jugak boleh??hahahaha

    singgah dari
    http://afsarothman.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. yeah..cikgu music di sini..haha..bole bha kalo kau!..thanks for visiting..Mr. Afsar.

    ReplyDelete
  3. sama2 kita menempuhi dunia persinggahan ini... huhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...