Followers

Sunday 8 August 2010

Nikmat Bicara~

Assalamualaikum..apakah khabar anda?..baik?demam?..selesema?...

Walaupun bagaimana keadaan kita sekalipun..kita sepaptutnya masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini..dan ingatlah masih ramai orang yang lebih sakit dan lebih menderita dari kita..semoga dengan itu kita boleh menjadi tenang dan dapat memupuk sifat bersyukur di dalam diri kita semua..InsyaAllah..


Sidang pembaca,
Semalam Hari Jumaat..adalah menjadi kewajipan saya sebagai seorang lelaki muslim untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid..mcm biasa..sy akan sembahyang di
Masjid Az-Zubair,Cheras..kerana masjid tu la plg dekat dengan kawasan perumahan saya..
Apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah petikan daripada khutbah yang disampaikan..
sememangnya saya akui..saya amat tertarik dengan cara penyampaian khatib tersebut...spontan dan penuh bertenaga..dan paling menarik ialah huraian dan contoh yang relevan dengan kehidupan kita pada hari ini..


Perkara utama yang disampaiakn ialah berkenaan dengan "NIKMAT BICARA"..
pernahka kita bersyukur dan berfikir sejenak betapa besarnya nikmat bicara yang Allah S.W.T berikan kpd kita?..itulah persoalan yg pertama diusulkan oleh Khatib tersebut..
Katanya: Kita sepatutnya menggunakan nikmat tersebut ke jalan yang benar...

Bukannya dengan..
Menabur Fitnah
Berkata Dusta
Mengadu Domba..

Refleksi pada diri kita sendiri..pernahkah kita sedari tentang perkara2 tersebut..

Kata Khatib lagi..
Kita seringkali melihat dan berkata-kata akan keburukan dan kekurangan orang lain..adakah kerana diri kita terlalu sempurna??...jadi apa yg ditegaskan ialah..fikirlah dahulu sebelum berkata-kata..sebelum berbicara..kerana apa yang kita bicarakan melambangkan siapa diri kita yang sebenarnya..

Usahlah bertengkar dengan menyalahkan orang lain membenci orang lain..tapi alihkan kepada diri kita sendiri...sejauh mana keadaan diri kita sendiri!.~~..

Sidang pembaca..marilah sama-sama..kita fikirkan bersama...
Sejauh mana betul salah kita menggunakan nikmat bicara ini..
Moga dengan ini..
apa yang kurang sama ditambahkan..
apa yang buruk sama diperbaharui..
InsyaAllah..

"Terlajak Perahu Boleh Diundur..Terlajak Kata??...."..Tepuk dada..tanya ilmu yang ada"...
InsyaAllah..
Bila tulis entry ni teringat plak masa Arwah Abah aku masih ada..
balik je sembahyang jumaat mesti Abah tanya..
Apa khutbah yag disampaikan tadi?..
so kena bagi la rumusan keseluruhan..
Ape pun Al-Fatihah buat Abah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...