Followers

Monday 16 November 2009

Mata



Mata..
Mungkin kini kau tidak lagi dapat melihat betapa indah dunia
Tapi ku pasti pandangan mu kini lebih selesa..
Aku rindukan pandangan mu
Mungkin tidak terucap dengan kata-kata
Tetapi seikhlasnya aku sayangkan mu mataku.
Engkau telah menyinari seluruh kehidupanku..
Wahai Mata..
Kenapa kehilangan mu terlalu awal
Berat untuk aku menempuh hidupku tanpa mataku
Mungkin dulu ketika ku dapat melihat , tidak ku hargai kehadiran mu..
Kini ku gelita
Mengharapkan ihsan cahaya dari yang Esa
Mata,
Kini genaplah 1 bulan 23 hari aku kehilangan mu..
Kenapa pandangan ku makin gelita
Mengapa suramnya makin ku merasa
Aku perlukan mu mata
Untuk ku merentasi dunia dengan nyata
Mata,
Terlalu awal untuk kau tinggalkan aku
Saat ku masih tercari-cari haluan ku
Tanpa mu di sisi amat cela
Tiada guna apa yang ada
Sentiasa hiba hatiku yang lara
Mata,
Kini ku rela dan ku redha
Sekiranya ini ketetapan yang Esa
Moga penglihatan mu lebih jelas dan indah di sana
Sejahteralah ke atas mu wahai ayahanda wahai mataku….
Al-fatihah
Irfanmanaf 15 sept 08

2 comments:

  1. I love this one.. Sad.. But, meaningful.. :')
    p/s : ada lg tak puisi abg IPE?? (Hehehe..) Nak bace ni..

    ReplyDelete
  2. ade a few lg.nti post lg..InsyaAllah..
    http://irfanabdulmanaf.blogspot.com/search/label/Puisi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...