Bismilahirahmanirahim
Wajarkah sekiranya kita membiarkan perasan marah menguasai diri kita??..cuba anda fikirkan sekiranya unsur-unsur negatif seperti sifat marah yang menguasai diri anda..apa yang akan terjadi??...sudah tentu minda kita gagal untuk mengawal emosi dan tingkah laku kita..
Malukah kita kepada pencipta kita sekiranya kita sedar bahawa marah yang kita ajukan adalah sebenarnya marah kepada-Nya. Sebenarnya marah itu adalah ujian yg sangat besar dan sekiranya kita berjaya menghadapinya dengan tenang dan sabar maka kita telah berjaya mengawal diri kita emosi kira serta tingkah laku kita..
cuba renungkan berapa kali apabila kita ditimpa masalah kita mengucap:
" Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
dan berapa kali pula kita menyedari bahawa semua ujian kemarahan itu adalah dari Allah..tuhan yang memeiliki sekelian alam..
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan
sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,
masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang
yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias,
tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil
Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku
bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin
Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan
ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya
perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Seharusnya kita mengubati hati kita dan singkirkan sifat "ketuanan" yg sentiasa menguasai kita.Apa bila kita berjaya melakukan perkara tersebut InsyaAllah kita kan mampu mengawal kemarahan dengan berkesan...Wallahualam...
Teknik yang bagus untuk dicuba:......klik
No comments:
Post a Comment