"Susahnya nak jadi diri sendiri"
Jika diimbas kembali,berapa kali kita pernah menjadi diri kita sendiri. Apa yang cuba disampaikan di sini ialah sejau mana kita menghargai dan menyayangi diri kita sendiri. Bukan mimpi atau hanya omong kosong tetapi adalah realiti yang mana ramai di antara kita cuba untuk menjadi diri orang lain.
"It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not"
Kalau dikaji kata-kata di atas, Wajarkah jika kita dibangga,disanjung,dipuja..tetai realitinya itu bukan diri kita,
Sebaliknya jika kita dicaci dihina dan dikeji kerana itu adalah diri kita sendiri..kita harus tabah menghadapinya kerana sudah pasti hikmah disebalik segalanya. Meskipun begitu,sekiranya diri kita dipenuhi unsur-unsur negatif maka wajarlah kita positifkan semuanya berlandaskan prinsip yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
''Mengubah dan Meniru adalah sesuatu yang berbeza"
Ada segelintir manusia yang cuba mengubah nasibnya kepada sesuatu yang diinginkan. Tidak salah apa yang dilakukan tetapi apa yang perlu yang dipastikan dan harus dijadikan sempadan ialah kita tidak seskali terpesong dari arah empunya kita.
Meniru juga sering kali dilakukan oleh manusia yang normal..tetapi pastikan apa yang ditiru itu adalah sesuatu yang bermanfaat dan tidak salah disisi-Nya..
"Walaubagaimanapun cubalah untuk menjadi diri sendiri..dan pastikan diri kita dekat pada-NYa"
No comments:
Post a Comment