Followers

Tuesday, 17 November 2009

Marah Itu Ujian




Bismilahirahmanirahim
Wajarkah sekiranya kita membiarkan perasan marah menguasai diri kita??..cuba anda fikirkan sekiranya unsur-unsur negatif seperti sifat marah yang menguasai diri anda..apa yang akan terjadi??...sudah tentu minda kita gagal untuk mengawal emosi dan tingkah laku kita..
Malukah kita kepada pencipta kita sekiranya kita sedar bahawa marah yang kita ajukan adalah sebenarnya marah kepada-Nya. Sebenarnya marah itu adalah ujian yg sangat besar dan sekiranya kita berjaya menghadapinya dengan tenang dan sabar maka kita telah berjaya mengawal diri kita emosi kira serta tingkah laku kita..
cuba renungkan berapa kali apabila kita ditimpa masalah kita mengucap:
" Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
dan berapa kali pula kita menyedari bahawa semua ujian kemarahan itu adalah dari Allah..tuhan yang memeiliki sekelian alam..

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan

sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,
masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang
yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias,
tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil
Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku
bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin
Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan
ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya
perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Seharusnya kita mengubati hati kita dan singkirkan sifat "ketuanan" yg sentiasa menguasai kita.Apa bila kita berjaya melakukan perkara tersebut InsyaAllah kita kan mampu mengawal kemarahan dengan berkesan...Wallahualam...

Teknik yang bagus untuk dicuba:......klik


Monday, 16 November 2009

Mata



Mata..
Mungkin kini kau tidak lagi dapat melihat betapa indah dunia
Tapi ku pasti pandangan mu kini lebih selesa..
Aku rindukan pandangan mu
Mungkin tidak terucap dengan kata-kata
Tetapi seikhlasnya aku sayangkan mu mataku.
Engkau telah menyinari seluruh kehidupanku..
Wahai Mata..
Kenapa kehilangan mu terlalu awal
Berat untuk aku menempuh hidupku tanpa mataku
Mungkin dulu ketika ku dapat melihat , tidak ku hargai kehadiran mu..
Kini ku gelita
Mengharapkan ihsan cahaya dari yang Esa
Mata,
Kini genaplah 1 bulan 23 hari aku kehilangan mu..
Kenapa pandangan ku makin gelita
Mengapa suramnya makin ku merasa
Aku perlukan mu mata
Untuk ku merentasi dunia dengan nyata
Mata,
Terlalu awal untuk kau tinggalkan aku
Saat ku masih tercari-cari haluan ku
Tanpa mu di sisi amat cela
Tiada guna apa yang ada
Sentiasa hiba hatiku yang lara
Mata,
Kini ku rela dan ku redha
Sekiranya ini ketetapan yang Esa
Moga penglihatan mu lebih jelas dan indah di sana
Sejahteralah ke atas mu wahai ayahanda wahai mataku….
Al-fatihah
Irfanmanaf 15 sept 08

JDS

"Susahnya nak jadi diri sendiri"

Jika diimbas kembali,berapa kali kita pernah menjadi diri kita sendiri. Apa yang cuba disampaikan di sini ialah sejau mana kita menghargai dan menyayangi diri kita sendiri. Bukan mimpi atau hanya omong kosong tetapi adalah realiti yang mana ramai di antara kita cuba untuk menjadi diri orang lain.

"It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not"

Kalau dikaji kata-kata di atas, Wajarkah jika kita dibangga,disanjung,dipuja..tetai realitinya itu bukan diri kita,
Sebaliknya jika kita dicaci dihina dan dikeji kerana itu adalah diri kita sendiri..kita harus tabah menghadapinya kerana sudah pasti hikmah disebalik segalanya. Meskipun begitu,sekiranya diri kita dipenuhi unsur-unsur negatif maka wajarlah kita positifkan semuanya berlandaskan prinsip yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

''Mengubah dan Meniru adalah sesuatu yang berbeza"

Ada segelintir manusia yang cuba mengubah nasibnya kepada sesuatu yang diinginkan. Tidak salah apa yang dilakukan tetapi apa yang perlu yang dipastikan dan harus dijadikan sempadan ialah kita tidak seskali terpesong dari arah empunya kita.
Meniru juga sering kali dilakukan oleh manusia yang normal..tetapi pastikan apa yang ditiru itu adalah sesuatu yang bermanfaat dan tidak salah disisi-Nya..

"Walaubagaimanapun cubalah untuk menjadi diri sendiri..dan pastikan diri kita dekat pada-NYa"

Rezeki Berpantun

.Mungkin ini adalah rezeki kita"
Alhamdulilah....
Satu ketetapan setelah usaha yang tidak mengenal putus asa. Siapa sangka rupa-upanya,aku agak aktif dalam bidang berpantun,boleh menghasilkan pantun-pantun yang berkualiti untuk dinilai.Terima Kasih En. Amat Tarop Sumo,kerana telah banyak mambantu saya dalam menjadi pemantun yang berjaya..haha..Chewah..it was amazing whwn my group was announced winning the first place during the pesta pantun antara Parlimen Kuala Lumpur..haha...Alahamdulilah dpat RM2000.00...hurm..then divide by 5..dpat sorang 400..hehe..yg lawaknya henset aku mcm tahu2 je..nk dapt duit..haha..kedua2 nya rosak..yang satu(motorolaV3i),unable to charge..(Nokia N7200) lak..mati lampunya dan pekak speakernya..haha..so duit 400 tu..aku belanjakan beli enset baru..hehe..Sony Ericsson K800i..murah je la..xpe..tapi sgt puas hati la..sebab i can see something berharga sbg balasan kepada penat lelah berpantun.



Berbalik kepada cerita Latihan pantun...hehe..
Untuk peringkat parlimen kali ini,Latihan agak padat sebab dlm masa sehari shj..sebabnya..dalam minggu final exam..huhu..so aku dan kumpulan ku practise from 10a.m up to 3a.m...huhu..penat seh...then kul 7am pagu tu gak kene g Auditorium DBKL ...berpantun....huhu..dengan sgt mengantuk....argh...

Saingan dalam berpantun...
First match,kami jumpa dengan Parlimen setiawangsa..pelik bunyinya..haha..tapi g2 lah hebat la..yg paling aku kagum sorang org kuat diorang r..Nenda...umur 70 kot..still lg hebat berpantun..pergh..hebat siot...haha..tapi kami memang dan aku dapat pemantun terbaik..hehe..seterusnya 3 lagi perlawanan kami jumpa parlimen lembah pantai,parlimen batu dan BTR2...dan Alhamdulilah kami menuang semua match..sekali gus dinobat sebagai JOhan la...dan Kak Zu dapat pemantun terbaik....


p/s
Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Budimu tuan melimpah-limpah,
Dapat duit ku habiskan juga..haha
Pantun xlulus...

Saturday, 31 October 2009

Friends N Memories


Aku sgt suka bergaul dengan ramai org. Jadi bila bab menghitung kawan ni mmg xcukup jari la. Bagi aku xkira la rapat ke tidak dye tetap kwan aku. Lets sh

are sape kwan2 aku..hehe...tapi yang ni hanya yang nice snap la..yg mengukir kenangan dalam ingatan..hehe

Visited Kodiang in 2007 with Eil,Cat,Fiet



During Lunch Time Concert


Jamuan Hari Raya 2009,with Anis,Ekmal,Pika,Syafiq


With Fifi,Songket yg dipilih oleh aku..hehe


Ikhwan,Fareez And Me,during taking our SPM Certeficate

Miss U Guys so Much!!..

Friday, 30 October 2009

My Metabolism

I still remember, when i was child, my Aunt(Mak Long) never stopped asking me to eat lot of supplement so that my weight will risen. My mum was the one who most worried about me. I kept myself eat as much as i can but still didn't work to rise my weight. When i migrated from my child life to be a great teenager, i found there was something happened without my attention. My myself had been put on weight uncontrollably. Its unbelievable when i cant control myself. Until now my body keep putting weight. I went to my doctor and she said that i have to speed up my body metabolism and to achieve that i have to work more on sport and dietary....look the different:



When i was 12 at the bank of Tasik Titiwangsa


Reach 20..in 2009..


Family And Me

I love my Family as much as i love myself. My mum is the one who would always be queen of my heart and my father would always be king of my soul. I have 7 siblings and turned to be lucky number 6 . I love them so much. Diorang ni mcm corak-corak yg menghias lukisan hidup aku la..hehe.. Basically im from moderate family. Well being controlled by strict father. And now all of us has grew to be nice person...Alhamdulilah..Even now my dad isn't around anymore..at least we live within his wishes and loves.



Lan Pet Pet In with my Family when he visited my dad stall in 2001


My Family Portrait when i was the youngest.


Thursday, 10 September 2009

Apakah Hikmah disebaliknya??

"Apabila ajal itu tiba tiada siapa yang bisa menolak atau menagguhnya".Bagi yang sudah tiada sama-samalh kita berdoa agar kehidupannya di sana sentiasa dirahmati yang Esa. Apa yang aku nak tulis kali ni..tentang apa yang telah terjadi pada keluargaku baru-baru ini. Ahad yang lepas Nenek aku telah kembali ke rahmatullah. Syukurlah pemergiannya pada bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.Namun kehilangannya nenek aku ni menyebabkan aku cukup terasa kerana ini adalah gelombang kedua untuk terima hakikatnya iaitu selepas setahun pemergian Arwah Abahku. Jaraknya terlalu dekat dan ini membuatkan aku cukup terasa kehilangan mereka. Walau bagaimanapun aku kena tabahkan hatiku menerima ujian ini seadanya. Ya Allah kau tempatkanlah Abahku dan Nenekku bersama-sama orang2 yang beriman di sana dan jauhilah mereka dari segala seksaan api neraka.

Wednesday, 15 July 2009

Selamat Berpantun



Next week,from 20th of July until 24th of July i will leaving for Port Dickson.I haven't been there for most of my life.Grand Straits Villa is waiting for me. I will represent my campus for the pantun festival that will be organized by DBP and KPM..whats really amazing about is,this will be my first trip to Port Dickson. I think i've prepared enough to face any campus for the pantun match. Something that i think u need to know is, there are two groups that been said excellent in pantun which are Campus Bahasa Melayu And Foreign Language Campus. I hope that i would never see them so that i can fly easily to the top of the match..haha..And hopefully i can remain until the final match that will be held in Kuching soon.....Wish me luck ya!!





Last Year..Kecundang sampai suku akhir je..haha

Sunday, 12 July 2009

New Semester ma!!

Hulala..this week dah masuk week 4 for my third semester..and this semester would be the last education foundation year for us. This July i will come up as a degree student. So i have to prepare my self to face the adventurous years that will coming soon...haha..I'm very grateful when the result was announced last week..i target my self to get higher mark for this semester..huh..Alhamdulilah..I got Dean for my 2nd semester..also 1st semester..I told my mum and i know she would be the most happy mum..I lead my class as i got the highest result this semester rather than last sem..Tq to all my beloved lecturers..Miss Amyzar.Md Janice,En.Shahariman,En.Razak(My Tutor as well as my instrumental lecturer)..and all. I hope that i can obtain my result until the final year I'm here .I've never lead my class as the best students even from my primary school..this time is the first and I'm so happy for myself.This will inspire me to really appreciate my self and all those around me.

Friday, 29 May 2009

Nilai sebuah bahtera


Apa perasaan anda bila anda berada dalam sebuah bahtera yang tidak tentu haluannya dan di pandu pula oleh ramai nakhoda yang hala tujunya berbeza. Berbahaya bukan??.. Sebenarnya saya juga adalah seorang nakhoda yang mengawal hala tuju bahtera saya..tetapi bukan sy shj,semua ahli bahtera ini adalah nakhoda.Hurm pelik kan??..Pada mulanya mmg kami semua bersetuju sama2 berkerjasama mengendali bahtera yang kami bina itu..tapi apabila kami layarkan bahtera kami dari sehari ke sehari..mcm2 masalah yg mendatang..hingga kami berpecah belah berkeras untuk ke laluan masing2..ketika itu tiada siapa yang ingat kami punya tujuan asal..Pada masa yang sama banhtera yang kami bina itu mula roboh dan terdapat unsur2 yang menunjukkan bahawa bahtera kami tiada kekalnya..tiada siapa yang mahu berusaha untuk menjadikan bahtera kami ini bahtera yang dipandang tinggi dan di kagumi..termasuklah sy sendiri kerana bagi saya bahtera yang compang itu sudah cukup memedihkan hati saya kerana nakhoda nya bukanlah sama semuanya. Sy rasa sedih apabila bahtera yg sy bina bersama rkan2 nakhoda sy dicnteng arang oleh nakhoda2 sendiri..bukan sy berpura2..tetapi sekiranya contengan itu saya mampu padam saya rela berusaha..tetapi dalam usaha sy memdam kesanynya..contengan itu makin ketara dan jelas dan apabila kesannya nyata,sy redha dengan bahtera itu dan sy sudah bersedia diri sy dgan segala kelengkapan yg diperlukan supaya walaupun bahtera2 itu roboh sy msih mmpu mempertahankan diri sy dan sy xpernah rasa bosan mmbantu rkan nakhoda lain sekiranya mereka juga mahukan kelengkapan yang sy sentiasa mencari dan gunapakai..sekiranya bahtera itu dapat kembali belayar dengan maju tanpa sebarang kesan kemusnahan..saya berasa bangga!!

Inikah Kesudahannya??


Huhu..Setahun sudah berlalu..mcm lagu alleycat la plak..tapi..mmg r setahun mmg dah berlalu..14 Julai 2008 aku daftar Kolej Kediaman Aman..skrang masa untuk aku tinggalkannya..there are so many memories that i shared with all my friends here. Sebenarnya kali ini adalah kesudahan yang terakhir bagi aki tinggal di asrama setelah 4 tahun pengalaman tinggal di asrama..apa yang aku dapat ckp asrama memberi berjuta pengalaman kpd aku. Dari aku umur 16 thun sampai aku umur 20 thun..dari bangku sekolah hinnga aku menjejakkan kaki aku ke alam dewasa ni..boleh dikatakan mmg aku menghabiskan masa remaja aku di asrama..Siapa sangka?/..huhu..tapi mmg agak menyedihkan la bila terpaksa meninggalkan asrama ni..bukan sbb aku sayangkan bangunan ni..tapi sebab aku rindukan segala kenangan aku di sini..Kenangan yang banyak mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan dan yang plg penting kehidupan membuat keputusan..susah!!..Klu ada org yg bleh kira nilai kesedihan dalam hati aku ni..aku xtahu la berapa nilainya..Bagaimanapun "My Life Must Goes On"..tabah dan redha dengan segalanya!!..

Tuesday, 28 April 2009

The things that close and precious to u???

Madam Paramjit Kaur my ELP(English Language Proficiency) lecturer..one day ask us to bring and show the things that very close to us. Tiba2 je dia panggil nama aku jadi org first tunjuk benda apa yg penting dan berharga bagi aku..haha..aku tunjuk la benda tu ialah Gambar Mamaku..yg mmg selalu ada dalam dompet aku...aku cerita r sket bila mama aku bagi gmbar tu kat aku sume..haha..seingat aku aku amik gmbr tu dari mama aku masa aku ngan mama balik dari pasar dan masa tu mama baru amik gmbar dari kedai gambar..hehe..org lain pun ada cite masing2..Anis bawa friendship diary..Pika ngan Faezah show their rings..Merylin tnjuk dia nyer watch,Tina ynjik dia punye boyol air,Sophia tnjuk bracelet from her mum,Izzad shows his tie from his dad,Din shows us the bag from Pika,Fifi shows her handphone..huh..i like the class..hehe..tq Mdm.

Sungai Congkak dan Kisahnya..

Hari tu hari sabtu,pagi2 lagi aku keluar g breakfast ngan Omar..entah xpernah2 aku kuar breakfast hari minggu..haritu rajin plak..then masa kita org tgah makan datanglah Abg Z..senior aku..aku tanya dia"Nak g mana bang?", dia ckp nak g Sungai Congkak..nak mandi manda..best dia ckp..20 minit je dari tempat ktaorg..aku pun tanyala dia jalan nak ke situ..dia pun ckp la..bla2...then aku pun blik,masa balik tu Omar gila2 nak g sangat Sungai Congkak..kebetulan pada masa tu romate Omar juga Classmate aku ada pinjam motor YDP..Omar pun pinjam la motor tu...nak dijadikan cerita ktaorg pun decide la nk pegi gak..sambil2 aku pergi tempah Chalet utk my class vacation b4 the exam..pegi la kami..aku yg drive mto coz Omar xtahu jalan..haha..tgah asyik memendu dan bersembang..kami tibalah di laluan motor Tol Bt9 Cheras,hurm..tetiba je ada sekatan polis..aku dah cuak..haha..knapa???...aku xde lesen!!!!!!...ADUSSS!!...mampus aku...dan mmg betul pun aku disaman atas kesalahan tiada lesen memandu..argh..lpas tu teruskan la perjalanan...aku pun dah tension..xenjoy pun our trip that day..sampai skrang pun aku masih pening nak settlekan saman tu..adus...pengajaran di sini xde lesen jgn berani sangat!!...haha..

Wednesday, 22 April 2009

Uniknya My Mother tounge!!...

Haha..hari ni tetiba je rasa nak tulis pasal my mother tounge..dialek bahasa kelantan...huhu..belum tulis lagi aku sendiri pun nak tergelak..bukan lucu tapi lawak...kah3..sama je kan..hehe..baru-baru ni berlaku satu krisis apabila 2 org kelantan minum semeja dengan seorang sarawak..apa yg berlaku ialah org sarawak itu bengang apabila dua org kelantan tu berdialek kelate..haha..dia xpham..tension kawan...tapi aku bukan nak cite psal cite tu r..aku jz nak cungkil keunikkan dialek kelantan...cuba sama2 kita tgok antara perkataan2 dalam dialek kelate.....hehe
  • Kenduri= Bekwoh
  • apa= go dio
  • siapa= sapo
  • binatang= nate
  • syaitan=sete
  • sayang=saye
  • longkang=loke
  • tupai-tupa
  • hahaha..mcm2 lg..

klu naks senaraikan semua mmg penat...banyak..uniknya dialek aku!!..haha...

Thursday, 16 April 2009

Sahabat atau kawan



Apa perasaan aku sekarang aku pun tak tahu..tapi apa2 pun..aku juz nak cite sket tntang kwan2 aku...hurm...5 org sumenya..Aku,Faiz,Muiz,Taqim ngan Hadzizan..memang Allah temukan kami berlima untuk menjadi kenalan..Pada awalnya semua masih belum mengenali hati budi masing2..dan Alhamdulilah mmg kami sangat rapat..makan sama,keluar sama,hang out sama..tapi mungkin kehendak Allah juga lah..hari demi hari bila semua mengenali diri masing2,kami semakin renggang..keegoaan masing2 adalah pemisah kami berlima..aku akui aku pu ada ego aku sendiri dan keegoan aku tidak kurang hebatnya...ntahla..aku pun xtahu...aku menulis isi hati aku ini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa..tetapi hanya sekadar menyampaikan isi hati aku...huhu..sedih pun tak guna..yang pasti kami berlima bukan pada haluan yang sama..semuanya ada cita-cita,kehendak,impian masing2..biarlah kita berpisah asalkan kita redha dengan perpisahan ini,dan ingat bahawa hubungan kita sebagai saudara seislam tdk akan terputus dengan apa cara sekalipun..Selamat Sahabatku..

My Housemates and My House


Lega sedikit rasannya bila daah settle masalah ini..akhirnya aku membuat satu keputusan muktamad untuk tinggal di rumah sewa bermula bulan mei ini..huhu..kami bertujuh sepakat untuk bersatu tinggal sebumbung..Housemates aku adalah Omar,Afiq.Syafiq,Ekmal,Khaidzir dan Musa. Dasar penyatuan kami adalah persefahaman dan rakan sekelas. Sebelum kami membuat keputusan akhir,pelbagai masalah kami telah hadapi...antaranya..untuk memilih rumah....aduh..penat aku dua minggu mencari rumah..kami pergi ke Vista Tasik,Apartment Penara.Kondo Sri Mas,Apartment Lumayan,Perumahan Taman jaya,Bandar Tun Razak...tapi akhirnya rezeki kami adalah di pangsapuri Sri Melaka Cheras 4E,hanya kat belakang IpG kami aje..haha..dengan sewa 650.00 sebulan..deposit sebanyak 2250.00..kami memilih rumah tersebut..hurm..Alhamdulilah..rumah tu dilengkapi dengan air cond,water filter,water heater(toilet),dapur gas,microwave oven,stu katil.set sofa dan pelbagai lagi peralatan lain..huh..paling menggembirakan aku ialah rumah tu di level basement..haha..xpyah lg naik lif atau tangga..dan senang nak parking kete atau moto ktaorg depan rumah aje...Alhamdulilah..So, 1 mei ini rumah itu menjadi milik penyewaan kami...Alhamdulilah...

Wednesday, 8 April 2009

HOstel atau Rumah Sewa???

Argh..it buzzes my mind every minute!!..aku dah pening either nak duk umah sewa ke nak stay je kat hostel ni. Tapi sebenarnya bukan tahu pun lagi sape yg dapat dok hostel..haha..aku fikirkan ni klu aku dapat la..mcm mana la agknya..klu nak stay kat umah sewa plak..sape yg nak join rumah aku??..ai pening plak..haha..so skunk aku juz tgu je list sape yg dapat dok hostel ni..or else klu dah tetap ada housemate yg stu aliran ngan aku..i'll stay out..huh..klu ada la sape2 yg ada idea ni..tlg r coment sket..aceh..hehe..

Tuesday, 7 April 2009




26th of March 2009
Lunch Time Concert 2009 was organized by the Pra-PISMP intake July 2008. The Concert was held at the Recital Hall of IPGM Kampus ILmu Khas at the basement level of Music Department. The concert started at 1.45p.m. There were 17 students from J2.9 who were responsible to ensure the concert was succeeded. In the meantime, they also had to organize and perform. Their performances were basically involved Vocal, Keyboard, Recorder and guitar. The performances were judged by very professional music lecturers which were En. Jamaludin, En.Ghazali and En. Shahril. There were also audiences from other departments on that day such as from English Department students. The concert ended at 3.45 pm after 24 performances were successfully completed.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...