Followers

Sunday, 17 January 2010

Coretan Hidup Yang Baru





Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk aku teruskan memusing roda kehidupanku ini..Bila aku renung kembali pada kenangan2 dulu yang banyak mengajar aku erti kehidupan, aku merasakan nikmat kesyukuran yang tidak terhingga. Kini aku bejaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda selepas 3 semseter dalam program persediaan. Berbakikan 4 tahu
n dalam program ini sememangnya aku amat mengharapkan ihsan dari Tuhanku untuk sentiasa memberkati pembelajaran aku di sini. Aku mengambil kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pendidikan Muzik...satu cabaran yg bukan mudah untuk ditempuhi bagi org2 mcm aku yg kurang mahir dalam ilmu muzik. Namun aku sering percaya bahawa apabila aku tidak gentar dalam menghadapinya aku akan berjaya melakukannya. Aku mendaftar subjek Asas Pendidikan Muzik,Teori Muzik,Kecekapan Kibod,ELP,Education Philosophy,Teori Perkembangan kanak-kanak,Pengurusan GERKO ,TITAS dan Aural dan kemahiran Muzikal. Subjek sem ni agak menarik dan tidak kurang agak mencabar.
Tekadkan semangat demi org yg tersayang
. Masih bersama classmates yg sama semasa persediaan dulu kerana hanya kami 17 org sahaja tg mengambil jurusan muzik bagi ambilan 2008. Hurm...

(memikirkan apa yang akan terjadi lg bila roda2 kehidupan sentiasa berpusing tanpa henti)




Wassalam

Its Still New

Wow..its great to be given a chance to live in 2010. Tahun baru semuanya baru. Setelah beberapa lamanya lafazku xberona kini aku yakinkan diri untuk update myblog..huhu..Walaupun hari ni dah setengan bulan di tahun 2010 namun aku masih merasakan bahawasanya ia masih lg baru. Kita sering gembira apabila tibanya kemuncak tahun baru..bermacam-macam pesta yag diadakan..botol-botol arak bertaburan di merata tempat di ibukota menunggu untuk dikutip dan dikitar semula..Astaghafirullahala'zim..sejauh manakan pengertian sambutan tahun baru bg kita??..adakah dengan sebegitu. Pada sudut yg berbeza pulak...ramai yg tertanya2 kenapa pada bulan september dan Oktober bilangan bayi yg dilahirkan adalah sgt tinggi dan tambha menyedihkan lg peratusan yg paling tinggi meningkat ialah anak yg tdk berbapa...cuba kita fikirkan kaitan antara sambutan tahun baru dan anak luar nikah tersebut..sekiranya anda seorang yg tahu berifkir xperlulah sy jelaskan perkaitannya yg ternyata sudah jelas!!..
cerita2 diatas adalah atas sesi buka minda bersama Ustaz Abd. Basir..

Bagi diri aku sendiri, cuba untuk menjadi lebih baik adalah azam setiap tahun. Cuma sejauh mana keberkesananya adalah bergantung pada apa yg aku lukiskan pada bentangan kain kosong aku tahun ini.."SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU"".

Tuesday, 17 November 2009

Marah Itu Ujian




Bismilahirahmanirahim
Wajarkah sekiranya kita membiarkan perasan marah menguasai diri kita??..cuba anda fikirkan sekiranya unsur-unsur negatif seperti sifat marah yang menguasai diri anda..apa yang akan terjadi??...sudah tentu minda kita gagal untuk mengawal emosi dan tingkah laku kita..
Malukah kita kepada pencipta kita sekiranya kita sedar bahawa marah yang kita ajukan adalah sebenarnya marah kepada-Nya. Sebenarnya marah itu adalah ujian yg sangat besar dan sekiranya kita berjaya menghadapinya dengan tenang dan sabar maka kita telah berjaya mengawal diri kita emosi kira serta tingkah laku kita..
cuba renungkan berapa kali apabila kita ditimpa masalah kita mengucap:
" Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
dan berapa kali pula kita menyedari bahawa semua ujian kemarahan itu adalah dari Allah..tuhan yang memeiliki sekelian alam..

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan

sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,
masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang
yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias,
tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil
Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku
bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin
Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan
ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya
perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Seharusnya kita mengubati hati kita dan singkirkan sifat "ketuanan" yg sentiasa menguasai kita.Apa bila kita berjaya melakukan perkara tersebut InsyaAllah kita kan mampu mengawal kemarahan dengan berkesan...Wallahualam...

Teknik yang bagus untuk dicuba:......klik


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...