Followers

Thursday, 7 July 2011

Esok

Assalamualikum..
Selamat Sejahtera..
hari ni 7 Julai 2011..hari khamis...

pernahkan kita berfikir..apa yang "sebenarnya" akan berlaku esok?..pada diri kita ataupun situasi kita..
aku selalu terpinga-pinga sendirian..apakah yang akan berlaku esok?..esok dan esok?...huhu..kadang kala aku sendiri takut untuk menghadapai Esok yang kabur pada mata aku sebagai manusia biasa...

tapi,aku tetap mengayuh,mendayung,mendaki dengan penuh tekad menuju hari esok yang ingin ku cipta..ingin ku reka...walaupun takut,walaupun gusar..aku xboleh nk menoleh ke belakang lagi..kerana laluan sehala ini terus ke hadapan dan mungkin meninggalkan aku..aku xakan tewas dalam perjalanan ini..
ve
Aku takut melihat nasib2 yang menyebabkan mataku berkaca..kalaulah aku di tempat mereka...Esok..mungkin berlaku...kerana bukan aku yang tetapkan...mampukan aku menerima,dan terus melangkah kiranya sebuah batu besar menjadi halangan dalam perjalananku...

Aku gembira melihat nasib-nasib mereka yang menyebabkan mataku berkaca..dengan kejayaan dan pencapaiaan yang membanggakan...mampukah aku ke situ..esok ada jawapannya...

Aku pasrah mengenangkan hari-hari yang telah kulalui...yang penuh liku berduri..tapi aku takut duri-duri itu mungkin masih mencari-cari menunggu-nunggu untuk mematahkan aku...
Irfan,jangan kau gentar menghitung hari...jangan kau lena dalam bisikan yang shahdu....
Oh Tuhan,sedarkan aku...sedarkan aku...adakah aku masih terlena dengan nikmat yang kau berikan padaku...
Jangan Tuhan, jangan kau jadikan aku hambamu yang leka...kerana kepastian Esok itu hanya Engkau yang tahu..segala ketetapan yang telah tertulis rapi...

Aku mesti!..terus pergi dari titik ini...lebih tinggi dan lebih pasti!..aku xakan leka....aku akan teruskan segalanya..InsyaAllah..hanya dengan IzinNya.


...................................................
Esok InsyaAllah,aku ke Shah Alam...
Konvensyen Guru-guru Muda Malaysia..
sampai ahad..huhu...
moga bermanfaat dan aku akan ikhlaskannya..

Sunday, 3 July 2011

Sampai Bila

Assalamualaikum..W.B.T..
Alhamdulilah...terima kasih Ya Allah,kerana aku masih diberi kesempata untuk berada di sini..masih sihat dan masih mampu bertahan dengan segala liku-liku kehidupan hidupku..Aku terhutang dengan segala nikmat yang engkau berikan padaku...betapa besarnya,yang kadang kala aku lupa..aku alpa..kerana dibayangi bayang-bayang hitam kehidupan. Ya Allah,aku merintih,aku mengadu kepada Mu kala aku terlalu lemah untuk segalanya...besarnya dugaan kehidupan yang harus aku lalui..aku meronta-ronta ..entah sampai bila...itulah soalan yang aku xpasti jawapannya..aku tahu segalanya adalah ketetapanMu, dan aku tahu


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang di kerjakannya. 
(Al-Baqarah : 286) 

Kadang kala aku leka dengan nikmat yang ada di depan mataku..mengaung-agungkan kehendak ku lebih dari keperluan yang sepatutnya..oh..adakah aku berpijak di dunia yang nyata?..aku hidup dalam bayangan penjara kaca yang aku tahu aku mampu rempuhnya..namun bukan sekarang..semakin aku hampir ke garisnya..bayangan makin nyata..

Teguhkanlah ya Allah.peganganku,panduanku..dekatkan aku padaMu..beranikan aku menghadapi segalanya dengan penuh keyakinan dan kepercayaan kepadaMu....aku xakan tewas dalam lautan dunia ini..ketakutan yang menghantui aku akan ku rempuh dengan keberanian dan ketabahan..

LailahailAllah...

................................................
kadang-kala kita lemah..
kadang-kala kita tewas..
sedarlah..
Allah sentiasa bersama kita..
LailahailaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...