Followers

Tuesday, 28 June 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Welcome back to my blog...
Alhamdulillah..dah dapat Internet Connection balik!..haha..dengan bayaran RM130 sebulan instead of RM150 befor this..ok la jimat RM20..haha..
Alhamdulillah jugak,kerana aku masih dikurniakan nikmat hidup oleh Allah untuk mengharungi liku-liku hidup di dunia ini...Thanks Allah!..

back to tittle...
Selamat Datang...

20Jun lepas,bout week ago...aku dan warga IPG Kampus Ilmu Khas sekali lagi menerima adik-adik dan warga baru Institut kami..seramai 193 org baka-bakal guru yang baru mendaftar pada hari tersebut. Ada yang amik TESL,MUZIK,SENI VISUAL dan PENDIDIKAN KHAS. Aku bertugas sebagai pemantau khas pada hari tersebut dan mcm biasa jadi Pengacara Majlis untuk Slot Pengarah bersama Waris. Memang di IPG Kampus Ilmu Khas,kami sangat2 excited untuk terima adik-adik baru...haha...cikgu-cikgu baru!!..

Kaum aku mmg makin pupus la..hanya 40 orang je lelaki out of 193 tuh!..haha..xpe la de gak yang survived kan..haha..So seminggu aku bersama ahli JPP yang lain bersama mereka..untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2011. Seronok lah kenakan diorang..hahaha..(evil laugh)...kalau ade adik2 baru yang bace entry nih..maafkan semua salah silap kitaorg la..kami xbermaksud nk kenakan korang pun..tapi dengan pelbagai aktiviti tu lah hubungan antara junior ngan senior dapat dieratkan..klu x..xdenye korang nk tegur kitaorg kan?..huhu..malulah..seganlah..btw,sebagai org baru, ditempat yang baru..senyumlah...tergurlah..tanyalah..kami xgarang pun..and we are always here, to help our new teachers generation...

Alhamdulilah..mostly yang mendaftar mmg dtg dengan niat nk jadi guru..cita-cita katanya..tapi ade gak la minoriti yang datang sbb kene paksa,kene suruh..ape2 pun tanamkan semangat untuk jadi pendidik yang unggul..(aku dulu pun terpaksa gak),..huhu..xpe tu kenangan lama..skrang dah tersemat dah tekad aku nk jadi guru yang terbaekkkk!..yeah..itu dia...haha...

Btw,all the best for all of U..5 and 1/2 years is not a short time dik!..I've been through 3 years,and of course,there were so many memories and experiences i gained!..carilah sahabat seramai mungkin kat sini..berbaik-baiklah dengan semua pensyarah-pensyarah kita yang mmg berpengalaman dan sgt baik hati..dan paling penting..jaga diri,jaga akhlak kita bersama...InsyaAllah...

SELAMAT DATANG!
GOOD LUCK and ALL THE BEST FOR YOU GUYS!!

sekilas kenangan....

(Malam last dah nie...baik je)
Akim..tahan--tahan...jgan terberak pulak!
Peah...cool der!!..haha
Terkangkang
Paling Cool ever~..haha





Yib,sempat lagi  ber"peace"..ade shaking x?..haha
J1.2..Pendidikan Khas

J1.1 Pendidikan Khas
Masa main Doge Ball..mcm mana eja lupa dah..

Tepuk...dan bersurai...hehe
...........................
Minggu lepas busy giler..
minggu ni busy..tapi xgiler la..
best la..kenal bakal-bakal guru baru an..
terbaeklah korang!.
so minggu ni ade minggu sambutan hari guru..
busy lagi..
akan cube untuk update blog gak dari semasa ke semasa..
InsyaAllah...
Assalamualaikum....
Irfan Abdul.

Tuesday, 14 June 2011

The Best Way.

Assalamualaikum..
whatever it is...

Stay Cool and Be Happy!!...

and that are the best way!..
bye,Assalamualaikum.

Sunday, 12 June 2011

Masih Di Sini.

Assalamualaikum..
Aku sibuk dengan exam,aku sibuk dengan berpindah ke rumah baru.
streamyx pun aku dak terminate dan akan register yang baru lagi nanti...
so jarang-jarang will appear online dan kadang-kadang je akan update blog.

Sekarang ni aku tengah bercuti lagi..menghabiskan sisa cuti yang ade seminggu lagi..selepas seminggu dibelanjakan untuk KEM Kepimpinan Mahasiswa di Teluk Senangin,Seminggu dibelanjakan untuk melawat anak buah dan kakak aku  di Melaka...dan sekarang ni minggu terakhir untuk di"spend"kan di negeri tanah serendah sekebun bunga ni.

Air laut ada pasang surut,begitu juga emosi manusia biasa yang terumbang-ambing di lautan kehidupan. Kebahagiaan yang dicari bukanlah selama-lamanya bersama kita dan begitulah juga persingahan duka yang tiada abadi selamanya. Justeru,itulah yang mewarnakan kehidupan kita mennjadikan ianya berwarna-warni,indah dan berseri.

Pernahkah anda merasa seperti dunia ini tidak mengerti akan kehendak,perasaan mahupun jeritan batin anda. Umpamanya,tiada yang memahami apa yang dirasa..dan ketika itu hidup diibaratkan sunyi dan sendiri. Peluang kehidupan yang diberikan oleh tuhan bukanlah untuk disia-siakan begitu sahaja. Berbuat baiklah kepada semua orang disekeliling anda nescaya kebaikan yang disebarkan akan kembali kepada anda kelak.

Ada yang merasakan hidup ini membosankan,memenatkan dan lebih teruk menjengkelkan. Namun itu adalah definisi yang kita sendiri terjemahkan. Tuhan tidak akan menguji hambanya,sekiranya hambanya tidak mampu melalui ujian tersebut,justeru tabahkan hati dalam mengharungi liku-liku hidup.

Itulah pengalaman kehidupan bagi aku sendiri,bukan mudah untuk hidup di dunia ini..bernarkah cinta adalah segala-galanya?..atau harta segala-galanya?.pangkat dan darjat kah?...kita yang mentafsirkannya dengan pelbahagi bahasa dan makna.

Justeru,aku masih di sini..terus melangkah menuju destinasi..dan mengharungi liku-liku kehidupan yang mematangkan dan membuatkan aku masih di sini dan  terus di sini...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...